Jun 23, 2021 - FASPemain dan pegawai Selangor FC kini berkampung di sebuah hotel berdekatan FAS Training Centre, Shah Alam demi menjalani latihan secara ‘camp-based’ sejak dua minggu lalu seperti garis panduan yang telah ditetapkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MFL (Malaysia Football League).
Karsten Neitzel, Ketua Jurulatih Selangor FC, berkongsi pendapatnya tentang perbezaan dan cabaran menjalani latihan ‘camp-based’ setelah beberapa minggu menghadapinya.
'Perbezaan latihan camp-based dengan sesi latihan sebelum ini tidaklah begitu besar. Kini, kami dikumpulkan di satu tempat dan dapat meluangkan lebih masa untuk bersama sebagai satu pasukan berbanding semasa mereka boleh balik ke rumah masing-masing."
"Kami (jurulatih) telah membuat jadual bagi menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Antara masa yang digunakan adalah sesi video dan perbincangan secara individual bersama pemain-pemain. Ini membantu mereka bagi mengetahui apa yang mereka perlu perbaiki bagi mendapatkan corak permainan lebih baik untuk diri sendiri dan pasukan," tambah pengendali dari Jerman itu.
"Cabaran menjalani latihan 'camp-based' ini adalah untuk mengelakkan sebarang kecederaan darpada latihan-latihan intensif yang dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan. Ini penting untuk memastikan pemain-pemain cukup bersedia untuk perlawanan yang akan bermula pada bulan Julai nanti."
Untuk makluman, pasukan Selangor FC akan menyambung perlawanan Liga Super 2021 menentang Kuala Lumpur City FC pada 24 Julai akan datang. Klik di sini untuk jadual penuh.
Selangor FC berharap pasukan dapat terus menyiapkan diri untuk menghadapi liga M yang akan bermula tidak lama lagi. Teruskan perjuangan Gergasi Merah!
Perkembangan lanjut mengenai pasukan utama Selangor FC akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa kelak.
Demi kebanggaan!